twitter
rss

Aktiviti: Gotong Royong bersama penduduk Kg. Kemensah
Tarikh: 14/05/2011
Masa: 9.00 pg-12.00 tgh.









Aktiviti: Kraf Kertas: Kad Ucapan Hari Guru
Tarikh: 14/05/2011
Masa: 2.30ptg -4.30ptg

















Aktiviti: Kempen Keahlian Perpustakaan Desa Kg. Kemensah sempena Majlis Apresiasi Bersama Utopia A.B.U
Tempat: Kem Isi Rimba, Kampung Kemensah
Tarikh: 12 Mac 2011
Masa 7.30 pg- 5.00 ptg.

Antara Aktiviti menarik disediakan:

  • Main Paintball
  • Eco-challenge
  • Tangkap Ikan
  • Save the Earth, Green the Earth
  • Abseiling
  • Bamboo painting
  • ATV
 Gambar Sekitar Aktiviti:








Aktiviti: Kuiz Maulidur Rasul Bersama Pelajar Sekolah KAFA Integrasi Kemensah
Tarikh: 1/03/2011
Masa : 2.30ptg-3.30 ptg
Kategori:
  • Darjah 1&2
  • Darjah 3&4
  • Darjah 5&6
Gambar Sekitar Aktiviti:





Aktiviti: Membuat Tempat letak Surat Pinggan Kertas
Tarikh: 26 Februari 2011
Waktu: 9.30 pg-11.30pg

Gambar-gambar yang menarik







Aktiviti: Membuat Patung Kimono
Tarikh: 26 Februari 2011
Waktu: 2.30 ptg-4.30ptg

Gambar-gambar yang menarik





Mesej dr rakan kerja...baca la laporan khas Utusan Malaysia hari ni...Wah! aku pasti semua rakan kerja ku seluruh Malaysia pasti TERSENTAP...Tak kurang juga pasti ada yg MERENUNG PANJANG...dan pasti ada juga yang MENGELUH hm......dalam pikiran Apala nasib....????
Isu ini harus lebih diperhalusi....apa? kenapa? siapa? bagaimana?...

Perpustakaan desa gagal?


AZMI Esan (tengah) dan Tina Yusop antara pustakawan desa yang masih meneruskan program pinjaman buku dari pintu ke pintu. Kelihatan seorang penduduk, Bahchaur Chu (kiri) memilih buku di Kampung Orang Asli Sungai Odak, Tapah, baru-baru ini.


MENDEPANI senario perkembangan semasa, pembinaan masyarakat berilmu (k-society) amat penting bagi negara menangani pelbagai cabaran globalisasi dan liberalisasi sejagat. Ia berkait rapat dengan langkah membangunkan modal insan berpengetahuan dan kepakaran tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu.
Masyarakat berilmu mengikut perspektif Malaysia hendaklah mempunyai dinamika global yang berteraskan jati diri bangsa.
Malangnya, sambutan masyarakat terhadap usaha-usaha ini amat kurang sedangkan perjalanan ke arah tahun 2020 semakin hampir.
Dalam hubungan ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) antara pihak yang berperanan penting menerapkan budaya membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.
Malang sekali lagi apabila langkah iaitu mewujudkan perpustakaan desa sebagai usaha drastik ‘mendekatkan buku dan masyarakat kampung’ dilihat hanya ‘sekadar ada’ sahaja.
Laporan khas oleh wartawan, SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar, HAFIZH KHOSMAT menyingkap faktor kegagalan ini.
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Usaha Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan perkhidmatan pinjaman buku dari pintu ke pintu bagi meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat desa tidak mencapai matlamat yang diharapkan.
Siasatan Utusan Malaysia mendapati, daripada 1,089 perpustakaan desa yang beroperasi di seluruh negara, tidak sampai 10 peratus mencapai matlamat yang disasarkan menerusi kempen diperkenalkan tersebut.
Sedangkan peruntukan untuk membina 475 perpustakaan desa sejak 2005 melebihi RM150 juta, itu belum termasuk kos gaji kakitangan iaitu hampir RM24 juta setahun.
Bakinya iaitu 614 perpustakaan desa lagi sebelum itu diletakkan di bawah peruntukan dan kendalian kerajaan negeri masing-masing.
Lebih menghampakan apabila purata nisbah pinjaman buku oleh kira-kira 1.3 juta ahlinya hanya 1:4 setahun berbanding nisbah bacaan buku kebangsaan yang dikeluarkan iaitu 1:8 hingga 12 buku setahun.
Dibandingkan dengan nisbah-nisbah tersebut, Malaysia sebenarnya masih jauh ketinggalan untuk mencapai tahap bacaan rakyat di negara-negara maju seperti ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 1:20 buah buku setahun.
Melihat perkembangan terbaru ini, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar adalah antara individu yang paling kecewa.
“Kita melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan aktiviti melibatkan masyarakat setempat untuk menarik minat mereka mendekati perpustakaan desa.
“Malangnya langkah ini belum lagi memberi kesan yang dikehendaki,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Malah beliau kesal langkah menerapkan budaya membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar menerusi kempen dari pintu ke pintu yang diuar-uarkan sebelum ini belum menampakkan kesan terbaik.
“Dalam Konvensyen Perpustakaan Desa di Johor Bahru pada 2009, kita telah menggariskan beberapa resolusi ke arah melahirkan masyarakat membaca termasuk perkhidmatan dari pintu ke pintu. Namun hingga kini matlamat yang kita sasar masih belum dicapai sepenuhnya,” kata beliau.
Antara faktor mengekang pencapaian tersebut ialah pegawai perpustakaan gagal melaksanakan peranan mereka dengan baik.
“Ada beberapa perkara yang sering ditimbulkan apabila membangkitkan isu kegagalan menjayakan perkhidmatan pintu ke pintu.
“Ini termasuklah soal kedudukan pegawai perpustakaan sebagai kakitangan kontrak, aspek keselamatan ketika menjalankan tugas dan elaun pengangkutan.
“Semua isu ini sedang kita perhalusi dan perbincangan juga sedang dijalankan bagi mengatasi segala kekangan yang berlaku,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, di sebalik kegagalan matlamat sebahagian besar perpustakaan desa tersebut, tidak dinafikan masih ada yang berjaya.
“Bukan semua perpustakaan desa gagal, ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang hasil komitmen pegawai dan kakitangannya. Sikap seperti ini yang seharusnya dijadikan contoh oleh mereka,” katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Susah senang menjadi pustakawan desa

TAPAH 25 Feb. - Lebih lima tahun lalu, Kampung Chang Baru, Bidor dekat sini seperti juga kebanyakan perkampungan Orang Asli lain, buku agak asing bagi mereka.
Namun, atas usaha dua anak jati kampung itu, Azmi Esan, 34, dan Tina Yusop, 32, buku kini sebahagian daripada kehidupan harian penduduk kampung tersebut.
Azmi, Penolong Pegawai Perpustakaan Desa Kampung Chang Baru manakala Tina pembantu perpustakaan di kampung yang sama.
Hakikatnya, bukan mudah menjadikan harapan suatu realiti. Begitu yang dilalui oleh kedua-dua sahabat ini. Tanpa semangat dan minat, harapan akan tinggal harapan.
Tergolong antara segelintir anak Orang Asli yang pernah melanjutkan pelajaran ke universiti, kedua-duanya sedar ilmu mampu mengubah masa depan penduduk.
Peluang wartawan Utusan Malaysia mengikuti mereka menjalankan tugas baru-baru ini, memberi kesempatan melihat lebih dekat sikap dan pendekatan digunakan.
Hujan renyai petang itu tidak sedikit pun menghalang Azmi dan Tina menjalankan tugas.
Sambil menggalas beg kain yang sarat berisi buku, mereka berjalan kaki mengelilingi kampung.
"Buku ma hek en harik adei? (Bawa buku apa hari ini?)," sapa Rohana Bachaur, 31, sambil dua anaknya yang masih kecil tertunggu-tunggu Azmi mengeluarkan buku-buku dari beg hitamnya.
"Buku masakan. Ada juga buku kesihatan," balas Azmi ringkas lalu terus menghulurkan buku-buku dimaksudkan kepada Rohana yang menanti.
Biasanya, tugas itu dilakukan bergilir-gilir antara Azmi dan Tina memandangkan salah seorang daripada mereka perlu berada di perpustakaan desa sepanjang waktu pejabat.
Sebagai kakitangan perpustakaan desa, Azmi dan Tina sedar peranan mereka amat penting bagi menjayakan perkhidmatan pinjaman buku dari pintu ke pintu yang dilancarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2009.
Justeru, setiap hari mereka akan memperuntukkan dua jam iaitu dari pukul 3 hingga 5 petang untuk berkunjung dari rumah ke rumah membawa buku kegemaran penduduk.
"Selain buku, selalunya kami berbual tentang isu-isu semasa yang disiarkan dalam surat khabar," kata Azmi.
Penduduk perkampungan Orang Asli itu hanya 350 orang. Mereka mewakili 60 keluarga yang rata-ratanya saling mengenali.
Azmi dan Tina nampaknya sangat akrab dengan penduduk. Kedudukan dan jarak rumah yang dekat serta radius kampung hanya kira-kira tiga kilometer, memudahkan urusan dengan berjalan kaki.
"Berurusan dengan orang yang kita kenali lebih mudah. Tambahan pula kita sering berkunjung ke rumah mereka," kata Tina
Tina lepasan sijil dalam bidang Linguistik di Universiti Malaya (UM) manakala Azmi pula pemegang Diploma Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Azmi dan Tina hanya segelintir daripada 2,178 petugas perpustakaan desa yang komited dengan tugas dan tanggungjawab diamanahkan. Bagaimanapun, ada mendung di wajah kedua-duanya ketika memperkatakan tentang masa depan.
"Nasib kami tidak sebaik kakitangan kerajaan lain kerana kami hanya pekerja kontrak. Banyak kemudahan termasuk pinjaman untuk membeli rumah tidak boleh kami lakukan," kata Azmi.
Di seluruh negara, terdapat 1,089 penolong pegawai dan 1,089 pembantu perpustakaan desa yang dipertanggungjawab menjayakan matlamat kewujudan perpustakaan desa termasuk perkhidmatan pinjaman buku rumah ke rumah.
Selain kurang berkeyakinan kerana berstatus kakitangan kontrak, aspek logistik iaitu jarak antara rumah yang terlalu jauh dan terpencil serta soal keselamatan sering dijadikan alasan mengapa sebahagian besar mereka gagal melaksanakan tugas seperti diharapkan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Perpustakaan desa gagal?
• Susah senang menjadi pustakawan desa
• Hanya 30 peratus rakyat guna perpustakaan
• Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku

Hanya 30 peratus rakyat guna perpustakaan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Hanya 30 peratus rakyat di negara ini menggunakan perpustakaan dan kebanyakannya adalah pelajar, sedangkan kadar celik huruf melebihi 90 peratus.
Petunjuk Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu hakikatnya belum lagi menepati kriteria sebenar masyarakat berilmu diinginkan.
Menyedari hakikat itu, kerajaan memperuntukkan RM1.8 juta bagi menjayakan pelbagai kempen membaca terutama di luar bandar termasuk Jelajah Kelab Membaca Sinar Pintar ke perpustakaan desa terpilih di seluruh negara.
Selain itu adalah perkhidmatan pintu ke pintu selain beberapa lagi aktiviti yang berkaitan.
Bagi membangunkan infrastruktur dan perkhidmatan perpustakaan desa sahaja, kerajaan membelanjakan RM150 juta dari 2005 hingga 2007.
Bermula dengan pembinaan 50 perpustakaan desa pada 2007, kini terdapat sebanyak 1,089 buah keseluruhannya. Daripada jumlah itu, 925 buah dibekalkan dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Bagaimanapun, matlamat menerapkan budaya membaca dan melahirkan masyarakat berilmu seolah-olah masih jauh untuk dicapai.
Lihat sahaja di sekeliling kita terutama apabila menggunakan pengangkutan awam atau semasa menunggu seseorang di restoran.
Kebanyakannya hanya membazirkan waktu begitu sahaja dengan 'bermain' telefon bimbit. Jarang sekali melihat mereka membaca buku.
Sama ada disedari atau tidak, hidup kita sentiasa dikawal oleh tabiat. Tabiat membentuk gaya kehidupan individu - positif atau negatif.
Mengulas perkara ini, Felo Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady berkata, dalam mengejar kejayaan, individu harus membina dan mengawal tabiat diri.
Katanya, walaupun membaca adalah tabiat yang menjadi asas kecemerlangan hidup seseorang itu, namun ramai di kalangan masyarakat terutama orang Melayu lebih tertarik dengan pelbagai bentuk hiburan.
"Ini tabiat yang perlu kita perbetulkan bagi menggelakkan keadaan lebih mendatangkan kesan negatif kepada pembentukan peribadi dan moral masyarakat," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
 

Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan pengguna perpustakaan desa mendapati, kanak-kanak lebih menghargai buku apabila mereka merupakan golongan teramai mengunjunginya.
Soal selidik ke atas 800 pengguna perpustakaan desa di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan, responden 10 hingga 12 tahun tertinggi iaitu 263 orang atau 33 peratus.
Ini diikuti responden 13 hingga 19 tahun iaitu 254 orang (31.7 peratus), 20 hingga 40 tahun (25.7 peratus), 41 hingga 50 tahun (7.6 peratus) dan 16 responden, 51 tahun ke atas.
Responden paling ramai pula kaum Melayu iaitu 96 peratus (768 orang) diikuti Cina, 2.6 peratus (21 orang), India, 1.1 peratus (sembilan orang) dan lain-lain (tiga orang).
Sebanyak 97 peratus atau 773 orang responden suka membaca manakala tiga peratus tidak suka membaca.
Terdapat empat tujuan utama membaca iaitu menambah ilmu (34.3 peratus), mengisi masa lapang (26.6 peratus), tujuan pembelajaran (19.6 peratus) dan mendapatkan keseronokan (15.7 peratus).
Hanya 51 orang yang memilih membaca untuk tujuan pekerjaan.
Seramai 699 (70 peratus) responden memilih bahan bacaan bercetak seperti buku dan majalah sebagai bacaan digemari, 225 orang (22 peratus) memilih bacaan dalam talian.
Walaupun kajian ini meliputi ahli perpustakaan desa namun terdapat kelompok responden yang mengakui tidak suka membaca (27 orang).
Antara alasan atau faktor diberi ialah tiada masa lapang (lima orang) dan lebih berminat kepada aktiviti lain (22 orang).
Perlu dinyatakan, keahlian perpustakaan desa di seluruh negara ketika ini adalah kira-kira 1.3 juta orang.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Perpustakaan desa gagal?
• Susah senang menjadi pustakawan desa
• Hanya 30 peratus rakyat guna perpustakaan
• Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku

Aktiviti Bersama Adik-adik Tadika Kemas Kg. Kemensah
Tarikh  : 27/1/2011
Masa    : 9.00Pg-12.00Tgh.
Tempat : Perpustakaan Desa Kg.Kemensah

 Permainan: i-Play
 
 
  • Permainan Puzzle


  • Alphabet Freeze



  • Word and Number Trace








Aktiviti : Tulisan Cantik Bertema "Bagsa Membaca  Bangsa Berjaya"
Tarikh  : 25/1/2011
Masa    : 3.00Ptg-5.00Ptg.
Tempat : Perpustakaan Desa Kg.Kemensah











Aktiviti : Bijak Bahasa: Bina Ayat (Tahap1&2)
Tarikh  : 25/1/2011
Masa    : 10.00Pg-12.00Tgh.
Tempat : Perpustakaan Desa Kg.Kemensah